• +6011-10901303
  • This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
  • Sabtu - Khamis: 9:00pg - 6:00ptg. Jumaat (CUTI)

Blog

thalhah

thalhah

Sekadar berkongsi ilmu yang ada. Sharing is caring

Thursday, 05 September 2019 10:42

Komputer Gaming Dell Inspiron Desktop G5

dektopg5

Komputer Gaming Dell G5 Desktop telah pun berada dipasaran Malaysia dengan harga serendah RM3,999 sahaja. Berikut merupakan spesifikasi desktop ini.

  • CPU: Intel Core i5-9400
  • Memori: DDR4 8GB (boleh ditambah hingga 64GB)
  • Storan: SSD 128GB, cakera keras 1TB
  • Kad Grafik: NVIDIA GeForce GTX 1660 Ti
  • Harga: RM3999

Jika berminat untuk membeli model ini, bolehlah hubungi kaunter pelanggan kami.

Thursday, 05 September 2019 10:35

Alienware Aurora R9 bakal hadir

Alienware Aurora R9 1

Dell memperlihatkan siri komputer terbaru mereka iaitu Dell Alienware Aurora R9 pada minggu lalu. Alienware Aurora R9 ini bakal berada di pasaran pada penghujung bulan September 2019. Rekaan yang agak menarik dengan bucu yang bulat kelihatan agak cute bagi kami.  Alienware Aurora R9 ini dilengkapi dengan siri CPU Intel generasi kesembilan, pilihan memori DDR4 sehingga 32GB dan storan SSD yang besar. Selain itu juga, pengguna juga memilih kad grafik terbaru daripada AMD ataupun NVIDIA. Sama-sama kita nantikan kemunculannya..

Friday, 13 July 2018 10:21

Naik Taraf Unifi Sehingga 800Mbps

uniif turbo 800mbps 3 805x453

Sekiranya anda pengguna Unifi, ini adalah berita baik untuk anda. Pihak TM mengumumkan penaik taraf Unifi sehingga kelajuan 10 kali ganda. Harga langganan tetap sama menjadikan ia berita yang amat menggembirakan.

  • 20Mbps dan kebawah --> 100Mbps
  • 30Mbps --> 300Mbps
  • 50Mbps --> 500Mbps
  • 100Mbps -->800Mbps

Menurut TM, ia akan dijalankan secara berperingkat bermula 15 ogos 2018.

Friday, 13 July 2018 10:13

Berita Baik Untuk Pelanggan Streamyx

streamyx uniif 805x453

Barita Baik untuk pelanggan sedia ada streamyx. Menurut Telekom Malaysia, bermula 15 Julai 2018 kelak, pengguna Streamyx boleh membuat permohonan naik taraf ke Unifi. Sekiranya lokasi tidak disokong Unifi, mereka akan menerima naik taraf kepada dua kali ganda kelajuan. Bergantung kepada sokongan teknikal dan sebagainya.

Sekiranya anda adalah pengguna streamyx. Ini merupakan berita baik untuk anda. :)

Wednesday, 04 July 2018 16:36

Dompet Tanpa Tunai Razer Pay Dilancarkan

Razer Pay 1

Perkhidmatan Dompet Tanpa Tunai RazerPay telah dilancarkan yang mensasarkan lebih kepada golongan peminat permainan video. Menerusi RazerPay, pengguna boleh menambah nilai kredit talian pra-bayar telefon, zGold, iFlix, njoi, Steam Wallet, Garena, PlayStation Network, Blizzard dan banyak lagi. Jumlah kredit di dalam Razer Pay boleh ditambah menggunakan perkhidmatan perbankan atas talian utama atau pin Razer Pay yang boleh dibeli di rangkaian 7-Eleven,

Razer Pay 3 1

Apa yang menariknya, sekiranya anda mendaftar hari ini,anda akan menerima kredit berharga RM10 secara PERCUMA. Aplikasi ini boleh dimuat turun melalui Google Play dan Apps Store.

cooler master

Cooler Master memperkenalkan penyejuk Cooler Master MasterAir MA620P, sebuah penyejuk udara untuk CPU menggunakan sistem Twin Tower, dua penyerap haba menggunakan teknologi CDC 2.0 yang hadir dengan dua "menara" sirip penyejuk dengan enam paip haba. Ia dikatakan 45 peratus lebih cekap berbanding penyejuk CPU udara yang lain. Ia juga boleh ditambah kipas ketiga sekiranya perlu.

Sumber: http://www.coolermaster.com/cooling/cpu-air-cooler/masterair-ma620p/

Sunday, 24 June 2018 16:21

AMD Threadripper 2990X dengan 32 Teras

Ryzen Threadripper 2000 32 Kerner 2 pcgh b2article artwork

AMD mengumumkan CPU AMD Ryzen Threadripper 2990X yang hadir dengan 32 teras dan 64 bebenang kuasa. CPU ini dikatakan hadir dengan kelajuan 3.4GHz. Skor ranking CPU menunjukkan bahawa CPU ini mempunyai skor yang lebih tinggi berbanding dengan intel iaitu 6399. Tahniah buat AMD kerana berjaya menghasilkan CPU yang berkuasa tinggi.

Threadripper 2990X Benchmark

Sunday, 10 June 2018 08:08

Xiomi Gaming Mouse dengan 7200dpi

Mi Gaming Mouse 001

Xiomi kini mengeluarkan mouse untuk gaming dengan mempunyai DPI sebanyak 7200dpi. Mi Gaming Mouse ini mempunyai dua pilihan penyambungan sama ada berwayar atau juga tanpa wayar (wireless). Mouse ini mempunyai sebanyak 5 butang yang boleh diprogramkan. Dua butang dibawah Roda Scroll adalah untuk melaraskan dpi.

Apa yang menarik mengenai mouse ini adalah butang ini boleh digunakan untuk tukar kepada mod menembak dengan lebih tepat.Mouse ini menyalakan lampu berkaler hijau pada roda scroll. 

Ia telah dijual di Cina dengan harga RMB249 (Sekitar RM155) Sahaja.

msi 240hz

MSI kini hadir dengan memperkenalkan MSI Oculux NXG251 yang mempunyai skrin bersaiz 25-inci dan 240Hz. Monitor dengan sokongan paparan 1080p ini turut hadir dengan sokongan NVIDIA G-Sync. Masa response yang sangat pantas iaitu 0.5 milisaat.

Monitor ini sudah pastinya menarik peminat gamers-gamers diluar sana dengan design yang menarik serta kadar segar yang tinggi. Monitor ini berharga $899 di Amerika Syarikat. Mungkin harga pasaran di Malaysia nanti adalah sekitar RM2385.

Menarik bukan? Anda mahu memiliki monitor ini? tinggalkan komen dibawah untuk mengetahui respond anda.

Saturday, 09 June 2018 09:37

Kenapa Laptop Cepat Panas dan Cara Atasi?

lapop overhaet

1) Penggunaan Laptop yang terlalu lama dan digunakan untuk kerja yang agak berat.

Penggunaan laptop yang terlalu lama akan menyebabkan laptop menjadi panas tambahan pula jikalau kita menggunakan untuk kerja-kerja yang agak berat seperti bermain games, design grafik, programming dan sebagainya.

Page 1 of 2

Posting Random

  • Alienware Aurora R9 bakal hadir

    Alienware Aurora R9 1

    Dell memperlihatkan siri komputer terbaru mereka iaitu Dell Alienware Aurora R9 pada minggu lalu. Alienware Aurora R9 ini bakal berada di pasaran pada penghujung bulan September 2019. Rekaan yang agak menarik dengan bucu yang bulat kelihatan agak cute bagi kami.  Alienware Aurora R9 ini dilengkapi dengan siri CPU Intel generasi kesembilan, pilihan memori DDR4 sehingga 32GB dan storan SSD yang besar. Selain itu juga, pengguna juga memilih kad grafik terbaru daripada AMD ataupun NVIDIA. Sama-sama kita nantikan kemunculannya..

  • Xiomi Gaming Mouse dengan 7200dpi

    Mi Gaming Mouse 001

    Xiomi kini mengeluarkan mouse untuk gaming dengan mempunyai DPI sebanyak 7200dpi. Mi Gaming Mouse ini mempunyai dua pilihan penyambungan sama ada berwayar atau juga tanpa wayar (wireless). Mouse ini mempunyai sebanyak 5 butang yang boleh diprogramkan. Dua butang dibawah Roda Scroll adalah untuk melaraskan dpi.

    Apa yang menarik mengenai mouse ini adalah butang ini boleh digunakan untuk tukar kepada mod menembak dengan lebih tepat.Mouse ini menyalakan lampu berkaler hijau pada roda scroll. 

    Ia telah dijual di Cina dengan harga RMB249 (Sekitar RM155) Sahaja.

  • Dompet Tanpa Tunai Razer Pay Dilancarkan