Print this page
Wednesday, 06 June 2018 21:58

Cara Jadikan Pendrive Bootable Window

Written by
Rate this item
(0 votes)

caramudahbootablewindowusb

Zaman sekarang jarang komputer/laptop yang dipasang pemain cakera. Oleh sebab itu, instalasi window agak sukar untuk dilakukan kerana instalasi window adalah didalam disk. Untuk perkongsian kali ini,saya akan berkongsi bersama anda bagaimana untuk menjadikan pendrive sebagai bootable window anda.

Seperti semua sedia maklum, tujuan kita jadikan pendrive sebagai bootable window adalah untuk format komputer/laptop kita dengan hanya menggunakan pendrive. Kenapa menggunakan pendrive? berikut merupakan kelebihan menggunakan pendrive:

  1. Proses Instal window lebih cepat berbanding CD
  2. Tidak perlu bergantung kepada pemain CD lagi
  3. CD mudah rosak dan calar.
  4. Pendrive tahan lama

Terdapat dua cara untuk menjadikan pendrive anda sebagai bootable window. untuk tutorial kali ini saya akan berkongsi cara mudah iaitu dengan menggunakan software rufus. https://rufus.akeo.ie/ . Satu cara lagi adalah dengan menggunakan command line. Command line ini sedikit sukar bagi pengguna yang tiada kemahiran IT. menggunakan kaedah software rufus ini adalah yang paling mudah dan cepat.Caranya adalah seperti berikut:

  • Download Software Rufus pada kompuet anda. https://rufus.akeo.ie/
  • Instalkan Rufus
  • Buka Aplikasi Rufus yang telah diinstall
  • Masukkan Detail yang diperlukan
  • Tekan Start

rufus en

Sangat mudah kan? diharapkan perkongsian ini sedikit sebanyak dapat membantu anda. Penulis memohon maaf sekiranya ada kekurangan pada perkongsian ini. Yang baik itu datangnya daripada allah swt dan yang kurang itu datangnya dari diri saya sendiri. Jumpa lagi :)

Read 6566 times Last modified on Saturday, 09 June 2018 10:04
thalhah

Sekadar berkongsi ilmu yang ada. Sharing is caring

Latest from thalhah